Search


Assalamualikum semua,masa2 lapang ni nak men...

  • Share this:


Assalamualikum semua,masa2 lapang ni nak menulis serba sedikit pengalaman haji,saya guna pakej yg biasa2 sahaja,itupun Alhamdulillah syukur nikmat saya dapat mengerjakan haji pada tahun ni,apa yg saya tahu banyak mereka yang telah mendaftar haji tahun ni tak dapat visa...Isya Allah mudahan ada rezeki mereka tahun hadapan,

Sekejap lagi saya nak ke Mina untuk Melontar hari tasyrik.....mula2 saya ingat nak nafar awal sbb x sanggup tidur di jalanan untuk bermabit sebelum melontar,khemah pula jauh....

Semalam,saya tidur di jalanan lebih kurang 5 jam 30 minit di dalam kawasan mina......baru duduk sekejap kena halau polis sampai hampir 7 x saya kena halau.....rasa macam stress juga dibuatnya...

Alhamdulillah tiba waktu subuh saya terus melontar dan terus balik ke penginapan saya...tidur dan rehatkan badan....lepas bangun saya rasa nikmatnya pengalaman semalam,kalau selama ni saya rasa mcm mana lah perasaan orang tidur tepi jalan ni,lena ke,selesa ke?

Tapi saya dah alami,saya sendiri tidur lena tak terasa pun saya tidur di atas simen beralaskan tikar dan berbantalkan beg.....Nikmat Allah kepada Manusia....saya dapatkan rasakan satu pengalaman yang paling berharga dalam hidup saya,siapa pun kita bila kita berada di di Tanah Haram kita semua adalah sama....perumpaan kita di padang mashyar nanti..... (Gambar ni sewaktu mabit di Muzdalifah pun tidur di atas pasir beralaskan tikar Alhamdulillah sangat nikmat...)


Tags:

About author
not provided
Mom to Ammar,Qadejah & Ibraheem
View all posts